Sesungguhnya kakak sangat menyayangimu
Sangat sayang sehingga kakak cemburu kalau kau menyayangi org lain
Tapi, hati kecil kakak menasihati spy jgn biarkan cemburu itu membakar hati
Kerana kakak menyayangimu kerana Dia,
Kerana kakak menyayangimu, utk menyeru kamu supaya mengenaliNya
Kerana cinta kakak padamu begitu mahal harganya..
Jadi jgn padamkan kemahalan cinta itu dgn cemburu membabi buta
Biar kakak mencintaimu sepenuh jiwa, walau cinta kakak tak terbalas
Kerana kakak mencintai bukan utk dicintai
Tapi kakak mencintai supaya kamu juga belajar erti mencintai Dia
Mungkin kakak tak pandai bermadah sayang..
Tapi dalam hati ini, cinta padamu dik… tak pernah lekang
Semoga Allah sentiasa memberikan keikhlasan dalam kakak menyayangimu..
Salam cinta dari kakak yg sangat2 menyayangi adik2nya…
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri
(HR. Bukhari dan Muslim)
Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri
(HR. Bukhari dan Muslim)