Adik..
Aku tak tahu kenapa jari jemari ini terasa ingin berkongsi sesuatu denganmu,
Walaupon pada saat ini kerja sihirku bagai mahu mengkuburkan aku,
Namun kerja dakwah menolak-nolak aku untuk terus bergerak,
Terkadang aku mampu,
ada kala aku gagahi,
dan pernah aku tertewas,
air mata ini tak mampu aku bendung lagi,
dalam hati membuak-buak rasa.
Penat?!..itu bukan kata-kata layak bagiku..
Kenapa masih belum menjadi-jadi?!..malu untuk aku persoalkan itu,namun aku tak mampu menahan tiap kali terdetik..hingga air mata menjadi jawapan dariNya..
Adik..
Bukan mudah melukis pelangi dilangit yg tertinggi,
tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi.
Bukan mudah mencapai puncak gunung tertinggi,
Tanpa melalui jalan-jalan yang penuh onak melukai,
Adik..
Bukan mudah membawa dakwah agung ini,
Tanpa hadir keikhlasan hati,iltizam yang bersungguh-sungguh..
Bukan mudah membawa dakwah ini,
Tanpa mujahadah seorang pejuang sebenar dan bersakit-sakit,
Bukan mudah membawa dakwah ini,
Bila mana kata-kata juang hanya bermain dibibir menjadi perhiasan dan pemanis sebuah bicara..
Bukan mudah membawa dakwah ini,
Bila mana masih ada karat-karat munafik dalam hati,
Bukan mudah membawa dakwah ini,
Bila mana daki-daki jahiliyah masih melekat pada diri,
Bukan mudah membawa dakwah ini,
Bila mana diri hanya mengharapkan sebuah kemanisan,
Padahal belum pernah diri menangisi sebuah kepahitan yg amat sangat yang menjadi sunnatullah dijalan ini.
Kepahitan yang menjadi santapan para pejuang sebenar…
Maafkanku Ya Allah..kerana belum sehabis tenaga aku ..
Maafkan Ya Rasulallah..kerana belum sehabis upaya aku..
by Kak Dina