Isnin, 25 Mei 2009

ciNta

Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..

DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!

Selasa, 12 Mei 2009

reflection

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[An-Nisa':32]

Isnin, 11 Mei 2009

Bila tuBuh BerSakSi


Syukur pada Allah kerana masih memberiku nikmat hidup padaku hari ini. Erm apa yang aku da buat utk hari ni ek? and apa yang kalian dah buat hari ni? cuba tanya diri sendiri? Adakah semua yang kita buat hari ini dah kita niatkan kepada Allah?

Kali ni nak share sikit tentang kalam Allah...surat cinta yang Dia titipkan untuk kita semua.

Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh-musuh Allah di giring ke dalam neraka, lalu mereka dikumpulkan semuanya. [Fushshilat:19]

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.[Fushshilat:20]

Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan." [Fushshilat:21]

Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. [Fushshilat:22]

Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. [Fushshilat:23]

Jika mereka bersabar (menderita azab) maka nerakalah tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya. [Fushshilat:24]

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. [Yasin:65]

pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. [An-Nur:24]

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya. [Al-Qiamah:14-15]

Teman, tubuh kita takkan pernah sekali-kali menipu apa yang kita lakukan di dunia. Walau sekarang kita cuba menyembunyikannya dari di ketahui manusia, namun di Sana nanti tubuh kita sendiri yang akan membuka segala rahsia kita di dunia di depan semua manusia..

Jagalah setiap perbuatan kita... Make sure setiap saat perbuatan hanya untuk Dia. Make sure kita dapat menghadap Allah dengan bangganya kerana kita dah korbankan seluruh jiwa raga untuk menegakkan agamaNya di muka bumi.


sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Khamis, 7 Mei 2009

MirRoR

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum semua...

Erm... tengok tajuk ni, mesti terlintas kat kepala otak..kenapa mirror? Sengaja ana letakkan mirror.. means cermin. Sejauh mana kita bercermin dalam setiap perbuatan kita sehari-hari atau dalam erti kata lain, muhasabah diri kot..

Setelah hidayah Allah datang...setelah ana faham erti hidup yang sebenarnya...ana telah merasakan yang ana memandang dunia dalam kaca mata yang berbeza. Kalau dulu, menonton tv, maraton dvd, baca novel-novel cinta dan lain-lain perkara yang best nak dibuat terutama selepas abes exam, tak mendatangkan perasaan berdosa pon bila buat. Tapi sekarang.. perasaan tu lain sangat. Rasa berdosa bila buat macam tu, rasa segan@takut kalau kawan-kawan tau diri ini sedang melakukan perbuatan itu.Bercakap pasal takut, ana teringat kata-kata seorang ustaz:

"kalau kamu takut orang lain tahu apa yang kamu buat dan kamu tak nak orang tahu, means something wrong dgn perbuatan kamu tu"

Yela.. kalau buat baik, buat apa nak sorok-sorok kan? Itulah karat jahiliyyah sebenarnya. Memang susah nak dibuang, tapi wajib dibuang!! Tak semua orang boleh mengikuti jejak langkah Umar Al-Khattab. Sebaik saja dia bershahadah, terus semua jahiliyyah ditinggalkan.Setiap orang punya waktu yang berbeza-beza untuk mengikis karat jahiliyyah yang dah terlalu lama melekat.Bukan hasil yang cepat yang kita harapkan, tapi sekuat mana usaha kita untuk berubah itu lebih penting.

Tak dinafikan memang susah nak dibuang karat jahiliyyah tu, tapi sekurang-kurangnya, bersedihlah bila rasa diri tak mampu nak meninggalkan perbuatan itu.

Erm..mesti ada yang pelik kan? salah ke nak tengok tv (drama addict), maraton cd korea, hindi dll?? Sebelum jawab soalan tu, eloklah kiranya ana beritahu kenapa Allah wujudkan kita di dunia ni kerana Allah tak menciptakan kita dengan sia-sia. Sudah ada perancangan yang details sejak Adam dicipta. Pada entri sebelumnya, ana dah sertakan dalil quran yang menyatakan bahawa Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi.So, adakah perkara-perkara jahiliyyah yang ana listkan di atas memberi nilai tambah kepada pahala kita??? Tak berdosakah kita kalau khusyuk sangat nonton sampai maghrib da masuk pun, masih mengadap tv lagi? Tak berdosakah kita kalau maraton cd sampai pagi and terlepas solat subuh?? Bertambahkah iman kita kalau kita melakukan perkara-perkara tersebut?? Tepuk dada, tanya hati..

Apalah ertinya tarbiyyah bila jahiliyyah masih menguasai hati.. Jangan mengaku berada sudah dalam tarbiyyah kalau hati masih ragu to say good bye to jahiliyyah.Terkadang, kita sangat pandai bercakap tentang mengEsakan Allah sedangkan perbuatan kita tak seperti apa yang kita cakapkan. Allah sangat murka pada orang yang menasihati tetapi tidak melaksanakan apa yang dia nasihatkan.

Semoga entri ini memberi manfaat untuk semua termasuk diri yang menulis ini. Wahai hati.. bertahanlah dengan ujian dunia kerana ujungnya ada kemanisan yang menunggu jika kau orang yang sabar.