Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Assalamualaikum semua...
Erm... tengok tajuk ni, mesti terlintas kat kepala otak..kenapa mirror? Sengaja ana letakkan mirror.. means cermin. Sejauh mana kita bercermin dalam setiap perbuatan kita sehari-hari atau dalam erti kata lain, muhasabah diri kot..
Setelah hidayah Allah datang...setelah ana faham erti hidup yang sebenarnya...ana telah merasakan yang ana memandang dunia dalam kaca mata yang berbeza. Kalau dulu, menonton tv, maraton dvd, baca novel-novel cinta dan lain-lain perkara yang best nak dibuat terutama selepas abes exam, tak mendatangkan perasaan berdosa pon bila buat. Tapi sekarang.. perasaan tu lain sangat. Rasa berdosa bila buat macam tu, rasa segan@takut kalau kawan-kawan tau diri ini sedang melakukan perbuatan itu.Bercakap pasal takut, ana teringat kata-kata seorang ustaz:
"kalau kamu takut orang lain tahu apa yang kamu buat dan kamu tak nak orang tahu, means something wrong dgn perbuatan kamu tu"
Yela.. kalau buat baik, buat apa nak sorok-sorok kan? Itulah karat jahiliyyah sebenarnya. Memang susah nak dibuang, tapi wajib dibuang!! Tak semua orang boleh mengikuti jejak langkah Umar Al-Khattab. Sebaik saja dia bershahadah, terus semua jahiliyyah ditinggalkan.Setiap orang punya waktu yang berbeza-beza untuk mengikis karat jahiliyyah yang dah terlalu lama melekat.Bukan hasil yang cepat yang kita harapkan, tapi sekuat mana usaha kita untuk berubah itu lebih penting.
Tak dinafikan memang susah nak dibuang karat jahiliyyah tu, tapi sekurang-kurangnya, bersedihlah bila rasa diri tak mampu nak meninggalkan perbuatan itu.
Erm..mesti ada yang pelik kan? salah ke nak tengok tv (drama addict), maraton cd korea, hindi dll?? Sebelum jawab soalan tu, eloklah kiranya ana beritahu kenapa Allah wujudkan kita di dunia ni kerana Allah tak menciptakan kita dengan sia-sia. Sudah ada perancangan yang details sejak Adam dicipta. Pada entri sebelumnya, ana dah sertakan dalil quran yang menyatakan bahawa Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi.So, adakah perkara-perkara jahiliyyah yang ana listkan di atas memberi nilai tambah kepada pahala kita??? Tak berdosakah kita kalau khusyuk sangat nonton sampai maghrib da masuk pun, masih mengadap tv lagi? Tak berdosakah kita kalau maraton cd sampai pagi and terlepas solat subuh?? Bertambahkah iman kita kalau kita melakukan perkara-perkara tersebut?? Tepuk dada, tanya hati..
Apalah ertinya tarbiyyah bila jahiliyyah masih menguasai hati.. Jangan mengaku berada sudah dalam tarbiyyah kalau hati masih ragu to say good bye to jahiliyyah.Terkadang, kita sangat pandai bercakap tentang mengEsakan Allah sedangkan perbuatan kita tak seperti apa yang kita cakapkan. Allah sangat murka pada orang yang menasihati tetapi tidak melaksanakan apa yang dia nasihatkan.
Semoga entri ini memberi manfaat untuk semua termasuk diri yang menulis ini. Wahai hati.. bertahanlah dengan ujian dunia kerana ujungnya ada kemanisan yang menunggu jika kau orang yang sabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan