Sabtu, 6 Jun 2009

Di manakah 'roh' rumahku

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur pada Allah kerana masih memberikanku nikmat iman pada hari ini. Syukur kerana Dia masih memberikan kesempatan untuk aku bernafas di bumiNya saat ini.

Tiba-tiba dikala senja ini, hati ku berkata sesuatu yang aku rasa perlu di ungkapkan. Sudah lebih sebulan aku telah mendiami rumah baru kami... HANNAN yang tercinta. Rumah ni boleh tahan besar la.. dan harganya pun sebanding la dengan kebesarannya. Kedinginan rumah ini membuatkan aku teringat kembali tujuan kami mendapatkan rumah ini. Ya!.. matlamat terbesar adalah untuk membina sebuah rumah islam. Tapi.. kenapa sampai sekarang aku tak merasakan rohnya? Kenapa yang aku rasakan hari ini hanya HANNAN yang didiami sekadar tempat untuk berteduh saja?? Dimanakah roh islam yang sepatutnya mengalir deras dan menghangatkan itu? Dimana?? Kenapakah semua ini terjadi? Tidakkah kalian merasakannya?

Selain dari solat berjemaah, mendengar tazkirah setiap kali selepas maghrib, makan beramai-ramai.... aktiviti kita sehari-hari tak ubah seperti manusia biasa? Dimanakah berbezanya kita? Dimanakah 'ghuraba' nya kita? Setiap kali ada kelapangan waktu, apa yang kita lakukan?? Adakah kita penuhinya dengan mengingat Allah atau untuk melayani kehendak sendiri? Di sinilah terletaknya mujahadah kita.

Tatkala aku menulis entri ini, aku juga bertanya pada diriku.. Apakah sumbangan aku untuk menghidupkan roh islam itu?? Apakah ibadahku, sikapku, akhlakku... membuatkan orang yang melihat bertambah imannya? atau menyebabkan mereka makin banyak melakukan kemungkaran? Layakkah aku untuk membangkitkan masalah ini sedangkan aku juga tak ubah seperti manusia biasa? Mungkin itulah gunanya setiap dari kita di rumah ini. Saling mengalirkan iman sesama kita. Setiap dari kita pasti tidak ada yang sempurna. Sesekali, pasti akan ada yang futur. Namun sejauh mana kita sedar dengan kefuturan itu.. adakah kita bermujahadah melawannya? atau bahkan menghiasnya?

Selama aku di rumah baru ini, ada satu perkara yang buat aku tertanya-tanya. Erm.. mungkin hal ini sepele.. namun ia memberi kesan dalam hatiku. Tentang ma'thurat. Biasanya selepas solat subuh dan asar atau maghrib, kita akan duduk sama-sama untuk baca ma'thurat secara berjemaah. Namun, bila ada yang bangun dari bulatan tersebut, hatiku rasa tak senang melihatnya. Biarlah kita berjemaah walaupun itu ibadah sendiri-sendiri. Lebih terasa rohnya. Tapi bila lama-lama perkara ini berlanjut, hatiku mula bertoleransi. Mungkin ini caranya untuk test sama ada kita istiqomah melaksanakannya atau tidak. Time ni lah nak test sejauh mana kita mentarbiyah diri sebab sesungguhnya amal jamaie itu lebih mudah di banding dengan sendirian. Namun, dalam aku bertoleransi tu, membuatkan aku kurang berminat untuk melaksanakannya secara berjemaah... Nah! di sinilah aku melihat kepincangan semua itu. Akibat mahu melaksanakannya sendiri-sendiri, rasa berjemaah itu menjadi berkurang. Kita lebih suka melakukan apa-apa kerja secara sendiri. So, semua orang pun membuat kerja masing-masing dan aku tak melihat adanya pengaliran iman kepada sesama kita di situ. Adakah aku saja yang merasakan begini? atau sebenarnya kalian juga merasakannya?

Masih banyak yang kita perlu perbaiki. Harapanku, HANNAN ini bukanlah sekadar tempat untuk berteduh.. tetapi tempat untuk mengajar kita bermujahadah supaya bila kita keluar dari sini, kita akan tetap teguh dengan fikrah ini, tetap tsabat dalam jalan ini. Teringat aku dengan kata-kata Sayyid Qutb tentang Amerika. Dia melihat Amerika ada segala-galanya.. tetapi satu saja yang kurang iaitu.....ROH. Jadi janganlah kita menjadi seperti mereka. Wahai srikandi pejuang agama Allah, marilah kita sama-sama menghidupkan roh HANNAN yang masih belum ada. Semoga suatu masa nanti, apabila kita terlihat wajah masing-masing, akan lebih menambahkan keimanan kita kepada Allah. Dan semoga apabila kita melihat betapa hebatnya teman kita beribadah, membuatkan kita berlumba-lumba untuk menyainginya. Jika aku salah... tegur-tegurlah kerana sesungguhnya aku sangat dahagakan teguran.

bilik 2, HANNAN
8.48pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan