Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sejak dua tiga hari ni hati aku melonjak-lonjak nak menulis something dalam blog kesayangan ni. Ada banyak sangat yang nak diceritakan. Tapi aku tahan perasaan tu sebab ada sorang pak cik ni bagitau dalam setiap apa yg kita buat mesti ada tujuan dan manfaatnya... begitu juga dengan menulis blog, mesti jelas tujuannya dan bermanfaat kepada orang lain. Tapi hari ni macam dah tak tertahan rasanya, so aku decide nak coretkan juga.
Hari ni, dah 52 tahun negara kita bebas dari penjajah, tapi jiwa kita ni dah bebas dari penjajah atau belum?? Sama-samalah kita fikirkan. Bila berada jauh dari negara sendiri, aku rasa aku lebih nampak dunia luar. Macam-macam isu ditimbulkan untuk mencetuskan pergaduhan. Kadang-kadang, aku rasa isu tu sepele je, tapi sengaja dibesar-besarkan. Ada saja alasan untuk menyalakan api persengketaan. Ternyata, barat telah berjaya meracuni pemikiran kita. Mereka telah berjaya memecahbelahkan kita dengan benteng negara. Jika sekiranya manusia tahu, yang dulu kita adalah satu, pasti takkan ada isu pergaduhan yang timbul.
Penjajahan yang kita ketahui itu bukan sekadar penjajahan negara, tetapi penjajahan agama. Seandainya kita sedar tujuan sebenar barat, pasti sekarang kita lebih mementing hubungan sesama saudara seislam... dan bukannya senegara. Kita kini lebih izzah dengan negara berbanding islam. Dimanakah kita meletakkan islam sebenarnya? Kita bahkan sanggup bersengketa sesama muslim hanya kerana masalah kenegaraan. Bukankah Allah telah mengatakan yang muslim itu bersaudara;
" Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat" [al-hujuraat: 10]
Adakah menjadi warganegara tertentu menjadikan kita lebih mulia daripada menjadi seorang muslim?? Sama-samalah kita fikirkan dimanakah kita meletakkan islam kita? Adakah hanya sekadar di KTP sahaja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan