bismillahirrahmanirrahim...
Aku baru je selesai membaca email yang dah beratus-ratus minta dibuka. Muka ku ditampar kuat apabila membaca hasil tulisan dan pengalaman mereka..akhwat-akhwatku. Hebat sungguh mereka bekerja. Aku? Apa pula yang aku dah sumbangkan? Terlalu sedikit. Hanya kata-kata saja yang banyak..tp kerja xde pon. Apa yang aku dah sumbangkan utk islam? Akhlak apa yang aku dah pamerkan untuk menarik hati keluargaku? Ataukah tiada perubahan? Aku cuba... cuba nak menjadi yang terbaik. Menjadi adik yang terbaik, menjadi anak yang terbaik. Ya Allah...berilah aku kekuatan dan kesabaran ya Allah.
Aku ingin menjadi menjadi jundullah yang hebat. Aku ingin apabila aku dicampakkan ke mana-mana... aku boleh tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk merubah diriku.. Berikanalah aku kekuatan untuk merubah orang lain. Semoga ramadhan ini menjadi titik tolak ku untuk menjadi yang lebih baik. Amiiinnn
teruskan berlari sekencang al-'Adhiyat wahai ukhti~~~
BalasPadam(",)
jazakillah ya ukhti a.k.a akhwat sebelah meja study
BalasPadam