Sebuah perjalanan panjang yang ingin ku coretkan di sini, buat mengingatkan pada diriku yang
aku pernah melakukan pengorbanan ini. Semoga coretan ini akan menjadikan aku semakin kuat tatkala
aku merasa lemah kelak. Sebuah perjalanan untuk mencari sebuah pengalaman yang sangat sukar
dicari. Dalam kesibukan kerja penelitianku yang masih belum selesai, dan keinginanku yang sangat
tinggi untuk menyertai muktamar ini. Semua itu membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk
mempertimbangkan tekadku tadi. Tapi الْحَمْدُ للّهِ, atas kehendaknya jua, aku tetap mengokohkan kakiku
untuk melangkah ke sana. الْحَمْدُ للّهِ, thumma الْحَمْدُ للّهِ, thumma الْحَمْدُ للّهِ. Dengan izinMu, aku dapat
manisnya ukhwah hari ini.
Benarlah! Kita perlukan seorang daie yang dahsyat keinginannya, sejati kesetiaannya,
agung pengorbanannya, faham dan yakin apa yang dibawanya.
Kalau bukan kerana keinginan ini, pasti aku takkan menjejakkan kaki ke sini. Tapi, itulah
kehendakNya. Yang lebih indah lagi, Allah berikan suatu nikmat yang tak terhingga nilainya.
Bertemu dengan pendahulu-pendahulu dakwah dan menyedut semangat mereka. Daie perlu kreatif!
Ya! Daie perlu kreatif untuk berlumba dengan jahiliyyah yang sudah lama mengkreatifkan diri mereka.
Dakwah adalah akhalak yang kita bawa ke mana-mana. Jangan sekali-kali kita mensekulerkannya.
Sayang seribu kali sayang aku tak sempat untuk berjumpa dengan ustaz yang mempunyai pengalaman nyata
bertemu dengan zionis durjana. ♌•͡˘.˘ •͡♌" hmm. . . Aku harus pulang untuk menunaikan hak pada diriku
dan pada teman-temanku. Penelitian harus diselesaikan walau apapun caranya. Walau terpaksa menyita
waktu tidurku kerana aku juga harus menunjukkan qudwah yang baik kepada mereka.
Semoga Allah memberikan keberkatan dalam waktuku. Mmm sebuah pengorbanan yang aku tak pernah
terfikir dulu, tapi Allah ilhamkan kepadaku kelmarin dan hari ini pengorbanan itu telah menjadi realiti.
Semoga ijtihadku ini benar dan diredhai olehNya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan