Rabu, 22 Julai 2009
sudah bersediakah aku??
Ya Allah, bibir ku ini kerap menyatakan cinta kepadaMu
Namun sejauh manakah aku membuktikan cintaku ini Ya Allah..
sungguh cinta itu perlukan pembuktian...
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut:2]
Ya Allah... aku takut dengan kelapangan dan kesempitan waktuku
Membuatkan aku semakin statik
Statik dari dakwah
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hatiku
Kuatkanlah aku Ya Allah
Kuatkanlah aku..
Tak lama lagi aku akan masuk skill lab then co-as. Mampukah aku uruskan waktuku sedangkan sekarang pun aku terkontang kanting. Takut nak memasuki fase baru. Semoga aku akan tetap mensibukkan diriku dalam dakwah ini.
Ahad, 19 Julai 2009
dengan nama Allah aku menulis
telah lama ku biar usang blog ini
namun hari ini aku diketuk dengan 1 video ini
membuat aku berfikir panjang
sudah berapa banyak dugaan kah yang aku tempuhi dlm perjuangan ini??
sepertinya tiada..
orang kata, selagi kita tak de halangan dalam dakwah, maksudnya kita masih belum bekerja utk dakwah
nah! aku macam mana
dah cukup keraskah usahaku utk menyebarkan bunga-bunga dakwah kepada mereka??
sudah cukup bersungguh-sungguhkah aku dalam menarik mad'uku?
jangan kau katakan dirimu pejuang agama Allah selagi kau tak merasakan duri-durinya dakwah
jangan kau mudah berpuas hati walau kau sudah memegang usrah
sudah dikerahkah seluruh tenagamu utk membina ummah?
atau sekadar asal-asalan dalam berdakwah??
muhasabahlah wahai hamba Allah...
Maka kuatkanlah aku dengan kekuatanMu
Jumaat, 19 Jun 2009
Hak dan tanggungjawab
Pagi ni aku dapat something yang best dan sangat bermakna. Hanya 2 word je tapi memberi makna yang mendalam; Hak dan Tanggungjawab. Dalam sedar atau tak sebenarnya manusia terlalu ego untuk mendapatkan haknya tetapi dia lupa yang sebenarnya dia belum menjalankan tangungjawabnya. Bila aku perhatikan, kita selalu melenting bila tidak mendapat sesuatu yang menjadi hak kita tapi sudahkah kita bertanya pada diri sendiri... adakah ita sudah melaksanakan tangungjawab kita? Jika belum, pasti akan ada manusia lain yang tak terpenuhi haknya kan? Nah! salah siapa sekarang? Kita bukan??
Sebagai contoh, kalau kita ada usrah pagi-pagi buta, dan kita dah beritahu exact time untuk usrah.. so kita bertanggungjawab untuk pasang alarm awal supaya kita tak termiss usrah tu. Sebaliknya usrahmate kita yang dah bangun tu pulak, hak dia adalah usarh mulai pada jam yang sepatutnya dan dia bertangungjawab untuk mengejutkan kawannya yang belum bangun. So, aku rasa kalau semua orang dah menjalankan hak dan tanggungjawab masing-masing, pasti takkan ada yang melenting. Jadi, before kita nak marah-marah tentang sesuatu hal, jangan hanya memandang pada hak kita saja tapi kena lihat sejauh mana kita dah menjalankan tanggungjawab samada kepada diri sendiri ataupun orang lain. Sama-sama kita renungkan.
Ahad, 7 Jun 2009
La Ta3dhob
Entri ini sekadar penutup malam hari ini. Alhamdulillah buat pertama kalinya aku dapat membawa adik-adik kesayanganku keluar berjalan-jalan. Sebelum ini, bukan ku tak mahu membawa mereka, tapi aku tidak mahu mengganggu masa mereka. Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah mempermudahkan urusanku kerana mereka mahu menerima ajakanku.. Gembira sekali=)
Malam ini kami makan seafood. Memang meletihkan sedikit untuk ke sana kerana terpaksa bersempit-sempit dalam angkut, melalui pasar yang penuh bau hanyir ikan, terpaksa shopping bahan mentah dulu untuk di masak di warung dan lain-lain lagi lah. Tetapi aku puas kerana at least aku dapat berbuat something untuk mengeratkan hubungan antara kami. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan ini. Semoga ukhwah antara kami kekal abadi kerana aku sangat sayangkan mereka.
Sepanjang kami berada di sana, aku memerhatikan insan-insan di sekelilingku. Yang paling menarik perhatianku adalah salah seorang dari temanku ini. Sejak dari awal aku lihat, dia kelihatan lain dari hari biasa. Semacam moody. Aku cuma sedikit kurang senang kerana dia seolah-olah tidak begitu menghiraukan adik-adiknya. Entahlah....
Kemuncak ketidak-senangan aku adalah apabila kami hendak berangkat pulang. Aku dan dia telah menunggu di depan; tempat untuk tahan angkut. Adik-adikku dan adik-adiknya sedikit lambat sampai ke depan. Mungkin menikmati suasana pasar di tempat itu. Almaklumlah.... baru pertama kali pergi. Kerana keterlambatan adik-adik kami, telah membangkitkan amarahnya yang memang dah sedia moody; mungkin akibat kepenatan.
Saat itu, sebenarnya aku juga terasa ingin marah.. tapi apabila melihatkan kemarahannya membuatkan aku mencermin diriku. Adakah aku juga seperti dia? kerana aku tak senang melihat dia begitu. Mungkinkah orang lain tak senang juga bila melihat amarahku?? Sekiranya adik-adikku melihat aku berperangai seperti begitu, tidakkah aku telah memberi contoh yang kurang baik kepada mereka? Tidakkah akhlakku menjadi fitnah kepada islam? Kejadian itu membuatkan aku muhasabah diriku.
Apa yang ku harapkan, semoga walau seletih mana pun aku, biarlah aku masih mampu tersenyum buat mad'uku. Biarlah sesibuk mana pun aku, semoga aku masih dapat meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi iman dengan mereka. Ya Allah, Kau peliharalah akhlakku supaya dengan akhlak ini, aku mampu menarik manusia untuk mengenal islam.
Sabtu, 6 Jun 2009
Di manakah 'roh' rumahku
Syukur pada Allah kerana masih memberikanku nikmat iman pada hari ini. Syukur kerana Dia masih memberikan kesempatan untuk aku bernafas di bumiNya saat ini.
Tiba-tiba dikala senja ini, hati ku berkata sesuatu yang aku rasa perlu di ungkapkan. Sudah lebih sebulan aku telah mendiami rumah baru kami... HANNAN yang tercinta. Rumah ni boleh tahan besar la.. dan harganya pun sebanding la dengan kebesarannya. Kedinginan rumah ini membuatkan aku teringat kembali tujuan kami mendapatkan rumah ini. Ya!.. matlamat terbesar adalah untuk membina sebuah rumah islam. Tapi.. kenapa sampai sekarang aku tak merasakan rohnya? Kenapa yang aku rasakan hari ini hanya HANNAN yang didiami sekadar tempat untuk berteduh saja?? Dimanakah roh islam yang sepatutnya mengalir deras dan menghangatkan itu? Dimana?? Kenapakah semua ini terjadi? Tidakkah kalian merasakannya?
Selain dari solat berjemaah, mendengar tazkirah setiap kali selepas maghrib, makan beramai-ramai.... aktiviti kita sehari-hari tak ubah seperti manusia biasa? Dimanakah berbezanya kita? Dimanakah 'ghuraba' nya kita? Setiap kali ada kelapangan waktu, apa yang kita lakukan?? Adakah kita penuhinya dengan mengingat Allah atau untuk melayani kehendak sendiri? Di sinilah terletaknya mujahadah kita.
Tatkala aku menulis entri ini, aku juga bertanya pada diriku.. Apakah sumbangan aku untuk menghidupkan roh islam itu?? Apakah ibadahku, sikapku, akhlakku... membuatkan orang yang melihat bertambah imannya? atau menyebabkan mereka makin banyak melakukan kemungkaran? Layakkah aku untuk membangkitkan masalah ini sedangkan aku juga tak ubah seperti manusia biasa? Mungkin itulah gunanya setiap dari kita di rumah ini. Saling mengalirkan iman sesama kita. Setiap dari kita pasti tidak ada yang sempurna. Sesekali, pasti akan ada yang futur. Namun sejauh mana kita sedar dengan kefuturan itu.. adakah kita bermujahadah melawannya? atau bahkan menghiasnya?
Selama aku di rumah baru ini, ada satu perkara yang buat aku tertanya-tanya. Erm.. mungkin hal ini sepele.. namun ia memberi kesan dalam hatiku. Tentang ma'thurat. Biasanya selepas solat subuh dan asar atau maghrib, kita akan duduk sama-sama untuk baca ma'thurat secara berjemaah. Namun, bila ada yang bangun dari bulatan tersebut, hatiku rasa tak senang melihatnya. Biarlah kita berjemaah walaupun itu ibadah sendiri-sendiri. Lebih terasa rohnya. Tapi bila lama-lama perkara ini berlanjut, hatiku mula bertoleransi. Mungkin ini caranya untuk test sama ada kita istiqomah melaksanakannya atau tidak. Time ni lah nak test sejauh mana kita mentarbiyah diri sebab sesungguhnya amal jamaie itu lebih mudah di banding dengan sendirian. Namun, dalam aku bertoleransi tu, membuatkan aku kurang berminat untuk melaksanakannya secara berjemaah... Nah! di sinilah aku melihat kepincangan semua itu. Akibat mahu melaksanakannya sendiri-sendiri, rasa berjemaah itu menjadi berkurang. Kita lebih suka melakukan apa-apa kerja secara sendiri. So, semua orang pun membuat kerja masing-masing dan aku tak melihat adanya pengaliran iman kepada sesama kita di situ. Adakah aku saja yang merasakan begini? atau sebenarnya kalian juga merasakannya?
Masih banyak yang kita perlu perbaiki. Harapanku, HANNAN ini bukanlah sekadar tempat untuk berteduh.. tetapi tempat untuk mengajar kita bermujahadah supaya bila kita keluar dari sini, kita akan tetap teguh dengan fikrah ini, tetap tsabat dalam jalan ini. Teringat aku dengan kata-kata Sayyid Qutb tentang Amerika. Dia melihat Amerika ada segala-galanya.. tetapi satu saja yang kurang iaitu.....ROH. Jadi janganlah kita menjadi seperti mereka. Wahai srikandi pejuang agama Allah, marilah kita sama-sama menghidupkan roh HANNAN yang masih belum ada. Semoga suatu masa nanti, apabila kita terlihat wajah masing-masing, akan lebih menambahkan keimanan kita kepada Allah. Dan semoga apabila kita melihat betapa hebatnya teman kita beribadah, membuatkan kita berlumba-lumba untuk menyainginya. Jika aku salah... tegur-tegurlah kerana sesungguhnya aku sangat dahagakan teguran.
8.48pm
Isnin, 25 Mei 2009
ciNta
Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!
Selasa, 12 Mei 2009
reflection
[An-Nisa':32]