Rabu, 9 September 2009

bermulalah perjalanan hidupku..

Bismillahirrahmanirrahim

Sengaja aku ingin coretkan luahan hati ini buat tatapan diriku kelak dan teman-teman. Hari ini, aku ujian SOCA (Student Oral Case Analysis). Hurm.. agak sedih la coz aku tak lulus and terpaksa repeat semula Jumaat ni. Takpe.. aku akan cuba yang terbaik insyaAllah. Mungkin ni la yang terbaik yang Allah takdirkan untuk aku.

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [al-baqarah:216]

Beberapa hari sebelum SOCA tu aku takut giler. Takut sangat-sangat lah pokoknya. Then tiba-tiba masa aku tengah mengaji, aku rasa macam Allah cuba nak tegur aku. Tiba-tiba ada perasaan yang sepatutnye aku tak boleh takut giler-giler dengan SOCA. Tu baru ujian dengan manusia je. Macam mana nanti kalau ujian dengan Allah di Padang Mahsyar sana? Kalau SOCA ni, aku punyalah pulun baca itu dan ini untuk prepare jawapan pada dosen nanti, macam mana pulak preparation aku di Sana nanti?? SOCA kita dah tahu bila tapi mati kita tak tahu bila... manalah tahu kalau tetiba saat kita sibuk prepare nak SOCA, Allah takdirkan kita mati dan tak sempat ambik ujian tu. Waktu tu dah ready ke dengan jawapan nak mengadap Allah? Lagi satu, SOCA tu at least kita boleh repeat kalau gagal, tapi kalau di Padang Mahsyar nanti, takkan ada ujian ulangan lagi. Kalau kita gagal di Sana, selama-lamanyalah kita akan gagal. Jadi kita kenalah membuat persediaan untuk mengadap Dia nanti walaupun kita sibuk dengan urusan dunia sekali pun. Hurm... teguran yang bermakna buat diriku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

Erm.. harini pulak, aku nak cerita pasal teguran plus pujukan dari Allah untuk aku. Masa aku sedang baca ayat-ayat cinta dariNya tadi, tiba-tiba aku terpaku kat dua ayat ni;

Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." Lalu mereka berkata: "Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang'zalim" [Yunus: 84-85]


Waktu baca ayat ni rasa macam Allah cakap kat aku yang aku perlu usaha je sekarang ni. Tak payah nak fikir selain daripada tu. Usaha... usaha... dan terus usaha sampai berjaya.

Then ayat yang kedua tu seolah-olah Allah nak ajar aku berdoa supaya kegagalanku ini tak menjadi fitnah kepada dakwah..

Ya Allah, takdirkanlah apa yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu. Rahmatilah aku dalam setiap perbuatanku dan semoga Engkau sentiasa redha denganku Ya Allah.. Amiinnn

murobbi

Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusanku,

dan perbaikilah bagiku duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku,

dan perbaikilah bagiku akhiratku yang kepada nya lah tempat kembaliku.

Jadikan kehidupan ku merupakan tambahan bagiku terhadap segala rupa kebajikan

dan jadikanlah kematian ku waktu beristirehat daripada segala kejahatan

Hadith Riwayat Muslim