Rabu, 11 November 2009

My Hope

Bismillahirrahmanirrahim

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman,

Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku menyatakan perang terhadapnya. Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada apa yan telah Aku wajibkan.
HambaKu tidak henti-hentinya mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah sunah hingga aku menyintainya. Ketika Aku menyintainya, Aku menjadi pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatan yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangan yang ia gunakan untuk menggenggam dan menjadi kaki yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepadaKu, pasti Ku beri, jika memohon perlindunganKu, pasti Ku lindungi.

(HR Bukhari)


Sangat sedap didengar bila baca hadis ni. Dah lama aku beli buku hadis dan mungkin dah pernah terbaca hadis ni, tapi tak pernah meresap ke dalam hati. Cuma baru-baru ini, Allah beri izin supaya hati ini tersentuh mendengarkan hadis ni.

Sangat bestkan, bila kita dapat melihat sesuatu perkara dengan penglihatan Allah. InsyaAllah semua pandangan kita Allah akan redhai.

Ya Allah, hanya Kau saja yang tahu apa yang bermain dalam fikiranku sekarang. Tunjukkanlah aku jalan yang benar Ya Allah, agar aku tak terjerumus ke jurang yang dalam. Semoga Engkau redha denganku, dan aku redha dengan segala ketentuanMu.

Khamis, 5 November 2009

Is Allah satisfied with us?-by Maher Zain


We`ve became individuals without a soul

Despite the heat our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness we bound and bought
Maybe all the fancy cars ....will make us feel satisfied
My dear brother and sister
Its time to change inside
Open your eyes
Don`t throw away whats right aside
Before the Big comes
When there is no way to hide and run
Now ask yourself
Cause Allah`s watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied ?4x

Chorus
I`m walking with my head lowered in shame for my place
I`m walking with my head lowered for my race
Yes its easy to blame everything on the West
When in fact all focus should be on ourselves
(repeat chorus twice)

Khamis, 17 September 2009

ape yang aku dah buat??

bismillahirrahmanirrahim...

Aku baru je selesai membaca email yang dah beratus-ratus minta dibuka. Muka ku ditampar kuat apabila membaca hasil tulisan dan pengalaman mereka..akhwat-akhwatku. Hebat sungguh mereka bekerja. Aku? Apa pula yang aku dah sumbangkan? Terlalu sedikit. Hanya kata-kata saja yang banyak..tp kerja xde pon. Apa yang aku dah sumbangkan utk islam? Akhlak apa yang aku dah pamerkan untuk menarik hati keluargaku? Ataukah tiada perubahan? Aku cuba... cuba nak menjadi yang terbaik. Menjadi adik yang terbaik, menjadi anak yang terbaik. Ya Allah...berilah aku kekuatan dan kesabaran ya Allah.

Aku ingin menjadi menjadi jundullah yang hebat. Aku ingin apabila aku dicampakkan ke mana-mana... aku boleh tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk merubah diriku.. Berikanalah aku kekuatan untuk merubah orang lain. Semoga ramadhan ini menjadi titik tolak ku untuk menjadi yang lebih baik. Amiiinnn

Rabu, 9 September 2009

bermulalah perjalanan hidupku..

Bismillahirrahmanirrahim

Sengaja aku ingin coretkan luahan hati ini buat tatapan diriku kelak dan teman-teman. Hari ini, aku ujian SOCA (Student Oral Case Analysis). Hurm.. agak sedih la coz aku tak lulus and terpaksa repeat semula Jumaat ni. Takpe.. aku akan cuba yang terbaik insyaAllah. Mungkin ni la yang terbaik yang Allah takdirkan untuk aku.

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [al-baqarah:216]

Beberapa hari sebelum SOCA tu aku takut giler. Takut sangat-sangat lah pokoknya. Then tiba-tiba masa aku tengah mengaji, aku rasa macam Allah cuba nak tegur aku. Tiba-tiba ada perasaan yang sepatutnye aku tak boleh takut giler-giler dengan SOCA. Tu baru ujian dengan manusia je. Macam mana nanti kalau ujian dengan Allah di Padang Mahsyar sana? Kalau SOCA ni, aku punyalah pulun baca itu dan ini untuk prepare jawapan pada dosen nanti, macam mana pulak preparation aku di Sana nanti?? SOCA kita dah tahu bila tapi mati kita tak tahu bila... manalah tahu kalau tetiba saat kita sibuk prepare nak SOCA, Allah takdirkan kita mati dan tak sempat ambik ujian tu. Waktu tu dah ready ke dengan jawapan nak mengadap Allah? Lagi satu, SOCA tu at least kita boleh repeat kalau gagal, tapi kalau di Padang Mahsyar nanti, takkan ada ujian ulangan lagi. Kalau kita gagal di Sana, selama-lamanyalah kita akan gagal. Jadi kita kenalah membuat persediaan untuk mengadap Dia nanti walaupun kita sibuk dengan urusan dunia sekali pun. Hurm... teguran yang bermakna buat diriku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

Erm.. harini pulak, aku nak cerita pasal teguran plus pujukan dari Allah untuk aku. Masa aku sedang baca ayat-ayat cinta dariNya tadi, tiba-tiba aku terpaku kat dua ayat ni;

Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." Lalu mereka berkata: "Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang'zalim" [Yunus: 84-85]


Waktu baca ayat ni rasa macam Allah cakap kat aku yang aku perlu usaha je sekarang ni. Tak payah nak fikir selain daripada tu. Usaha... usaha... dan terus usaha sampai berjaya.

Then ayat yang kedua tu seolah-olah Allah nak ajar aku berdoa supaya kegagalanku ini tak menjadi fitnah kepada dakwah..

Ya Allah, takdirkanlah apa yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu. Rahmatilah aku dalam setiap perbuatanku dan semoga Engkau sentiasa redha denganku Ya Allah.. Amiinnn

murobbi

Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusanku,

dan perbaikilah bagiku duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku,

dan perbaikilah bagiku akhiratku yang kepada nya lah tempat kembaliku.

Jadikan kehidupan ku merupakan tambahan bagiku terhadap segala rupa kebajikan

dan jadikanlah kematian ku waktu beristirehat daripada segala kejahatan

Hadith Riwayat Muslim